Monday, October 18, 2010

Apakah itu Pay To Click (PTC)?

PTC adalah singkatan bagi Pay To Clicks. PTC merupakan satu program dimana anda akan dibayar hanya dengan klik. Jumlah klik yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat PTC itu sendiri. Yang menariknya, melalui PTC ini, keahliannya percuma dan tiada modal diperlukan. PERCUMA SEUMUR HIDUP :)

Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia masih tidak tahu apa itu PTC? Dan ramai juga dah tahu tapi ‘trauma’ :) sebab join PTC scam. Dalam ruangan ni aku akan memberi serba sedikit info tentang PTC ni.

Terdapat beribu-ribu syarikat PTC di dalam medium internet zaman ini. Mungkin kita tak pernah nampak sebelum ini tentang PTC dan mungkin juga ‘first time’ anda mendengar perkataan PTC ini. Tetapi jangan risau, melalui program PTC ini lah lubuk pendapatan anda jika anda betul-betul berminat dan tidak putus asa.

Syarikat PTC ini membayar kita kerana di dalam syarikat PTC itu sendiri terdapat pengiklan-pengiklan yang membayar kepada syarikat PTC itu bagi mempromosikan bisnes mereka. Dengan pembayaran daripada pengiklan itulah syarikat PTC membayar kepada kita. Ada juga melalui sumber-sumber lain untuk syarikat PTC membayar kepada kita seperti jualan referral/ sewa referral, contest dan sebagainya.

Perlu saya ingatkan disini, risiko di dalam PTC ini adalah tinggi kerana banyak syarikat PTC ini SCAM ataupun TIPU. Salah satu cara syarikat PTC yang scam ialah dengan menawarkan jumlah/nilai yang besar dengan setiap klik yang anda lakukan. Ramai yang tertipu dengan syarikat PTC seperti ini termasuklah saya juga :) . Banyak lagi cara untuk kita mengenal pasti syarikat PTC itu lebih cenderung kepada PTC SCAM. Syarikat-syarikat macam ni lah yang merosakkan nama baik PTC. Jika anda mengikuti tips-tips yang akan saya berikan nanti, mungkin risiko yang ada akan bertukar ke 0% :)

Senarai PTC yang mempunyai reputasi tinggi dan terbukti membayar(klik sini)

Melalui program PTC ini, korang akan dibayar dengan setiap klik yang korang lakukan di iklan-iklan yang diberikan oleh syarikat PTC itu. Iklan-iklan yang diberi selalunya ditetapkan limit 3-20 klik dalam sehari/24 jam. Dengan setiap klik itu, kita akan dibawa ke laman-laman iklan/ websites yang disewa oleh syarikat lain kepada syarikat PTC tersebut. Korang juga diminta untuk menunggu lebih kurang 10-30 saat bagi sesuatu iklan yang dipaparkan untuk $$$$ dikreditkan ke akaun PTC korang.

PTC ini adalah satu servis percuma dan tidak perlu takut kerana ianya tidak membabitkan sebarang modal kewangan daripada korang :) . Tetapi modal kesabaran dan kesungguhan serta minat yang mendalam diperlukan dalam menjalankan program PTC ini. Kekayaan bukan jaminan saya dalam program PTC ini tetapi bukan mustahil jika kita berusaha lebih daripada yang dijangkakan :) .

PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA WAJIB ADA :

  • Kesabaran dan jangan pandang serong pada PTC.
  • Belajar dari kesilapan jika pernah ‘join’ PTC yang scam
  • Akaun Alert Pay / PayPal kerana ia membabitkan pembayaran dari luar negara.
  • Klik setiap hari, jangan tertinggal sehari pun :)
  • Dapatkan referral yang ramai sebab cepat sikit nak cashout.

  • Ok. Diharap korang boleh memahami serba sedikit mengenai PTC ini. Jangan berfikiran kolot dan menganggap PTC ini membuang masa dan scam semata-mata. Biarlah tidak kaya tetapi dapat juga support perbelanjaan sampingan kita. :) Jika anda berminat dan ingin mencubanya, aku syorkan korang sertai NeoBux dahulu kerana syarikatnya telah bertahan selama 2 tahun dan semua pembayaran dibayar kepada anda ‘payment proof’.

    Adalah program ini sah?

    Ini merupakan satu cara yang sah untuk mendapatkan wang.Cuma perlu berhati-hati kerana terdapat banyak scammers yang mengambil kesempatan daripada cara yang mudah ini.Buat kajian terhadap beberapa penyedia program dahulu sebelum menyertainya.

    Bagaimana pembayaran dilakukan?

    Biasanya pembayaran dilakukan kepada member melalui Paypal, Alertpay atau YourBuxCard. Anda perlu membuka akaun salah satu medium pembayaran tersebut untuk proses penerimaan wang.

    Panduan Daftar ALERTPAY (klik sini)
    Panduan Daftar PayPal (klik sini)


    Sekiranya anda memindahkan wang dari ALERTPAY ke Bank CIMB, Details adalah seperti ini. (Ini adalah hasil pertama yang saya perolehi daripada aktiviti PTC dan dipindahkan ke akaun CIMB saya).

    klik imej untuk mendapatkan imej yang jelas














    Senarai PTC yang mempunyai reputasi tinggi dan terbukti membayar(klik sini)